Penyediaan Pelan Perniagaan
Rancangan Perniagaan (RP)
1. Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
2. Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan
Kegunaan (RP)
- Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
- Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
- Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
- Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
- Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.
Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)
- Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
- Statistik
- Data ekonomi
- Data perdagangan
- Penyelidikan pasaran
Kandungan (RP)
1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan
Penyediaan (RP)
1. Pengenalan
- Nama Syarikat
- Jenis Perniagaan yang diceburi
- barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
- lokasi premis
- tarikh perniagaan dimulakan
- latar belakang industri dan tren pasaran
- Senario masa hadapan
2. Tujuan Penyediaan RP
Nyatakan sama ada:
- memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
- merancang pelaksanaan projek baru
- untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
- atau lain-lain tujuan
3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
- Nama perniagaan
- Alamat, No. Telefon
- Bentuk perniagaan
- Kegiatan utama
- Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
- No. Pendaftaran Perniagaan
- Modal permulaan, modal dibenar
- Nama dan alamat pemegang saham
- Nama bank (jika ada)
- No. Akaun Perniagaan(jika ada)
4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham
- Nama, alamat, no. telefon
- Kelulusan akademik
- Pengalaman/kemahiran
5. Rancangan Organisasi/Pengurusan
- Matlamat dan strategi syarikat
- Struktur/carta syarikat
- Senarai kakitangan pengurusan
- Senarai perjawatan
- tanggungjawab setiap jawatan
- imbuhan/gaji bagi setiap jawatan
6. Rancangan Pemasaran
- Analisis Pasaran
- untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.
- mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.
- mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).
- Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.
- Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.
- Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.
- Ramalan Jualan
- syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.
- Strategi Pemasaran
- Strategi pemasaran secara keseluruhan
- bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan
- kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya
- Strategi barangan
- faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan
- Strategi harga
- penentuan harga
- tawaran harga dan sebagainya.
- Strategi Pengedaran
- cara pengedaran dibuat
- kos-kos yang terlibat
- rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut
- Strategi promosi
- teknik-teknik promosi yang akan dijalankan
- Belanjawan pemasaran
7. Rancangan Pengeluaran/Operasi
- Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
- Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
- Keupayaan pengeluaran
- Rancangan pengeluaran
- jumlah pengeluaran
- keupayaan maksimum
- penyimpanan stok
- Senarai bahan mentah (jika ada)
- Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
- Pengendalian mesin/peralatan
8. Rancangan Kewangan
Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.
Bahagian ini merangkumi :
- Kos pelaksanaan projek
- Sumber pembiayaan
- modal sendiri
- pinjaman bank
- sewa beli
- lain-lain
- Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)
- Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)
- Analisis Titik Pulang Modal
9. Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.
10. Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.
SUMBER: MECD




KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI KERTAS KERJA R.P BERHUBUNG PEMBEKAL DAN PERUNCIT BARANGAN SAYURAN MENTAH BOLEH LA EMAILKAN KEPADA SAYA.- nizalthekiller@yahoo.com
TENGAH FIKIRKAN STRATEGI NAK JALANKAN.. MODAL DAH CUKUP.
Saya sedang mencari contoh bgmana nk mbuat akaun perniagaan katering & restoran…..tolonh ya…emailkan tokalang67@gmail.com